Hari kedua di Melaka 19 Disember 2016
Selepas round kota Melaka dan puas berswafoto sekitar A Famosa.Kami pun bergerak ke Kg Limbungan.Jam 4petang,suami tersayang Isma beratur di kedai Hj Jalil Kuih Keria Antarabangsa.
Sambil beratur suami wassap khabarkan lebih kurang 50orang sedang beratur di hadapan dia.Kuih Keria terhad 10biji saja setiap orang.Suami juga maklumkan ada lagi satu kedai Hajah Rahmah sama juga terhad 10biji sorang
Isma dalam kereta menyusu baby Uqail dan selamat bermimpi indah dah.Isma pun lenguh,waktu tidur Uqail lagi berat.Kereta pun silih berganti keluar masuk parking.Nampak kelibat suami datang bersama beg plastik.Bila semakin mendekat,laaaaa......Teh O Ais.😖😖😖
Masa tu lebih kurang 5.00 petang.Uqail pun puas lena.
Pit Stop kedua kedai Hajah Rahmah.Belum sempat suami tersayang nak turun,Isma dah nampak depa angkat kad KUIH KERIA HABIS dari seberang jalan.
Mata Isma memang tajam sikit,sebab tu dalam kelas time mengajar ada budak buat something,siap la!
Berbalik cerita kuih keria
Frust kuasa tiga.hahaha.
PLAN B- Keria Batu Berendam.TQ yang tolong viralkan dan Siti Khairrun Nisaa tolong tag.
Sampai di Batu Berendam,isteri tercinta pula la yang beratur.haha.Uqail dah jaga.So,Isma assign depa dua pi beli Coconut Shake.Mudah sini.
Boleh tahan juga Keria Batu Berendam orang beratur tak berhenti.Menunggu sambil memerhati proses pembuatan Keria.
Fuhhh,nampak senang.Oh macam ni,oh macam tu...Tapi balik rumah belum tentu Isma nak buat,so beratur je la.Hehe.
Pendek kata,memerlukan paling banyak tenaga dalam menggoreng dalam kuali minyak kemudian dalam kuali gula melaka.
Alhamdulillah dapat merasa 10biji Kuih Keria Batu Berendam dan kenyang sampai malam.
😊
RASA KERIA BATU BERENDAM
✔SEDAP
✔FRESH
✔MANIS SANGAT
✔ LEMAK CAMPURAN UBI KELEDEK PUTIH &
JINGGA
✔BENTUK KERIA TAK KONSISTEN
Enak untuk dimakan tapi kurang sesuai makan selalu untuk yang sakit gigi,diet,kencing manis atau yang jaga kesihatan.
Isma bagi 🌟🌟🌟🌟
Hari ketiga,tak nak mengaku kalah.Lagi sekali ke Kg.Limbungan.Kalini 1230 tengahari sampai di hadapan kedai Hj Jalil.Masih ramai,beratur sampai ke belakang Masjid.Nak turun makan laksa,again Uqail menyusu.😅
Suami cakap,"Nak tak kita tengok kedai Hjh Rahmah".Isma setuju.Tak sampai 5minit jarak dua kedai ni.Lagipun ada kawan bagitao resepi Hjh Rahmah original.Wallahualam.
Tengok depan kedai,tak ramai.Suami pun seberang jalan dan wassap 60 orang lagi beratur sebelum dia.Hahaha.
Lagi ramai,tak nampak barisan sebab terlindung kedai.Alhamdulillah dapat juga 10 biji kuih keria Hjh Rahmah lebih kurang setengah jam beratur.
RASA KERIA HJH RAHMAH
✔SEDAP
✔FRESH
✔KEMANISAN GULA MELAKA ASLI
✔LEMAK UBI KELEDEK PUTIH
✔BENTUK KONSISTEN & BULAT COMEL
Memang resepi asli.Rasanya sedang elok.Omputeh cakap just nice.
Isma bagi 🌟🌟🌟🌟🌟
Dah macam juri pula kan.😅
Sekadar berkongsi apa yang Isma rasa.Terpulang pada selera masing-masing ya tak?
Jika singgah di Melaka jangan lupa cari Kuih Keria Viral.
Selamat mencuba kuih keria antarabangsa di Kg.Limbungan atau Batu Berendam,Melaka.Insyallah berbaloi beratur.😊
Mangsa viral makanan
Ismarizaismail
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment